Oleh: Tyah Helmi
PETALING JAYA: Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini memaklumkan bahawa proses pencalonan bagi Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2025 peringkat Pusat yang dijadual berlangsung pada 3 dan 4 Mei ini telah ditangguhkan.
Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Pengerusinya, Dr Zaliha Mustafa memaklumkan tarikh baharu bagi pencalonan peringkat pusat telah ditetapkan pada 8 Mei hingga 9 Mei yang bermula pada pukul 12 tengah malam hingga 11:59 malam
Zaliha memberitahu, proses tersebut akan dilaksanakan sepenuhnya secara dalam talian.
“Sehubungan itu, kepada seluruh ahli parti PKR yang berminat untuk menawarkan diri sebagai calon diminta untuk mengisi dan melengkapkan borang pencalonan melalui pautan rasmi: https://pencalonanpusat.keadilanrakyat.org,” katanya.
Beliau juga menyeru semua ahli parti agar sentiasa bersemangat dalam perjuangan dan mengambil maklum tentang perubahan ini bagi memastikan kelancaran proses pemilihan.
Baca juga: