PRU DU Sabah: Anwar Umum 10 Calon PKR

KOTA KINABALU: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan senarai 10 calon PKR yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan (DU) Sabah ke-17 (PRU DU17) Sabah.

Pengumuman itu dibuat dalam satu majlis khas di ibu negeri Sabah, menampilkan calon-calon dari pelbagai latar belakang profesional, akademik dan aktivisme masyarakat, sebagai cerminan komitmen PH untuk membawa suara rakyat ke Dewan Undangan Sabah.

Senarai kerusi yang ditandingi ialah DUN Inanam, DUN Api-Api, DUN Merotai, DUN Melalap, DUN Sindumin, DUN Tulid, DUN Gum-Gum, DUN Karamunting, DUN Segama dan DUN Petagas.

“Jadi saya mengumumkan calon PKR DUN Inanam, Datuk Peto Galim. Kita juga ada calon wanita iaitu bagi DUN Tulid, Datin Rufinah Pengeran.

“Ada juga tokoh pakar undang-undang iaitu bagi DUN Petagas, Awang Husaini Sahari,” kata Anwar.

Beliau turut memperkenalkan calon-calon lain yang mewakili pelbagai kekuatan dan pengalaman.

“Kita tonjolkan tokoh ketua cabang ada ijazah, seorang yang cukup berdisiplin bagi DUN Segama, Romansa Lamin. Seorang yang ada pendidikan menjadi pengerusi persatuan nelayan kawasan dan ada diploma DUN Gum-Gum, Abdul Said Pimping.

“Seorang peguam muda lulusan luar negara dan ijazah sarjana iaitu DUN Api-Api Thonny Chee, seorang lagi calon bekas pegawai kanan kerajaan, paling senior dalam mana-mana calon iaitu DUN Merotai, Datuk Ruji Ubi. Aktif dalam NGO untuk calon DUN Melalap, Datuk Jamawi Jaafar.

“Bekas Timbalan Menteri Kewangan II, DUN Sindumin, Datuk Yamani Hafez Musa. Penyandang DUN Karamunting, George Hiew,” katanya lagi.

Anda Mungkin Berminat