Putra Heights: 270 rumah boleh didiami kembali – KP Selangor

PUTRA HEIGHTS: Sebanyak 270 daripada 437 kediaman yang terjejas akibat insiden letupan gas di sini selamat diduduki kembali, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.

Jelasnya, ia selepas pemeriksaan dan penilaian dilakukan oleh pihak Bomba, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“Semalam polis mengumumkan bahawa 151 unit kediaman dikategorikan sebagai boleh diduduki dan hari ini jumlah itu bertambah kepada 270 unit daripada keseluruhan 437 unit.

“Daripada 270 unit kediaman ini, ada beberapa diantaranya perlu dilakukan pembaikan kecil selepas mengalami sedikit kerosakan,” katanya dalam sidang media pada petang ini.

Dalam pada itu, katanya, daripada 571 kenderaan yang terlibat, sebanyak 88 buah mengalami kerosakan lebih dari 50 peratus.

“Manakala, 332 kenderaan rosak bawah 50 peratus dan 151 kenderaan tidak terjejas,” katanya dalam sidang media petang ini.

Dalam pada itu, katanya, daripada 571 kenderaan yang terlibat, sebanyak 88 buah mengalami kerosakan lebih dari 50 peratus. 

“Manakala, 332 kenderaan rosak bawah 50 peratus dan 151 kenderaan lagi tidak terjejas,” katanya dalam sidang media petang ini.

“Ini adalah kedudukan keadaan kenderaan yang terjejas dalam radius 320 meter yang telah diperiksa oleh pihak bomba,” katanya lagi. 

Dalam pada itu, tambah Hussein, dua langkah drastik diambil bagi mempercepat proses siasatan untuk mengenal pasti punca kejadian iaitu menambah bilangan jentera dalam kerja pengorekan tempat kejadian, selain melaksanakan operasi selama 24 jam bermula semalam.

Jelasnya, setiap agensi teknikal membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bomba, JKR, Jabatan Kesihatan Keselamatan Pekerjaan (DOSH), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) serta Petronas memainkan peranan masing-masing dalam proses siasatan di tempat kejadian.

“Tempoh siasatan berkemungkinan lebih cepat berbanding tempoh dua minggu seperti diumumkan sebelum ini.

“Saya menjangkakan kita akan memperoleh hasil siasatan lebih awal daripada dijangkakan apabila kita menambah jentera untuk kerja pengorekan dan pelaksanaan selama 24 jam,” katanya.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat