Qatar berhak tindak balas terhadap serangan Israel – PM Qatar

Oleh: Tyah Helmi

QATAR: Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed Abdulrahman Al-Thani memberi amaran bahawa negaranya berhak melakukan serangab balas kepada Israel.

Menerusi sidang media lewat malam Selasa, Al Thani memberitahu bahawa negara haram Israel telah menggunakan senjata yang tidak dapat dikesan oleh radar pertahanan udara Qatar.

“Kami percaya bahawa hari ini kita telah tiba pada saat yang menentukan.

“Harus ada tindakan balas dari seluruh rantau terhadap kekejaman sebegini,” katanya.

Al-Thani turut mengecam pencerobohan Israel malah menyifatkannya sebagai satu bentuk “keganasan negara.”

Beliau turut memaklumkan bahawa negara teluk itu kini melangkaui konflik yang melangkaui tahap berbahaya.

Beliau turut merujuk kepada kenyataan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sebelum ini yang mendakwa beliau akan mengubah landskap rantau ini itu dan bertanya dengan nada sinis Perdana Menteri haram itu turut mahu menyasarkan rantau negara Arab itu.

“Adalah Nethanyahu maksudkan rantau Teluk juga?

“Israel sedang berusaha menggagalkan setiap peluang untuk keamanan,” katanya.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat