Raingers ‘alert’! Hujan beri bayangan gegarkan pentas 27 Jun ini

Oleh: Aliyaa Azmi

PEMINAT kumpulan indie, Hujan nampaknya ada sebab untuk teruja tahun ini.

Menerusi perkongsian di Instagram oleh ICON Entertainment, satu acara khas dipercayai bakal diadakan pada 27 Jun 2026, bersempena ulang tahun ke-20 perjalanan muzik kumpulan itu.

Dalam hantaran itu, peminat yang dikenali sebagai Raingers turut diminta menanda tarikh berkenaan dalam kalendar masing-masing.

Malah, nada pengumuman santai membuatkan ramai tertanya-tanya apakah kejutan yang bakal dibawakan oleh kumpulan berkenaan.

Lebih menarik, beberapa lagu popular seperti Mencari Konklusi, Lonely Soldier Boy, Sang Enemy dan Jika Sempat turut disebut, sekali gus memberi bayangan bahawa karya-karya ikonik ini mungkin akan menjadi sebahagian daripada acara berkenaan.

Namun begitu, lokasi dan konsep sebenar acara masih belum didedahkan.

Apa pun, peminat nampaknya perlu bersabar kerana pihak penganjur memberi bayangan bahawa pengumuman seterusnya akan dibuat tidak lama lagi melalui laman rasmi ICON Entertainment dan akaun media sosial Hujan.

Jadi apa sebenarnya yang sedang dirancang oleh Hujan sempena 20 tahun mereka dalam industri?

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat