Oleh: Kamilia Ali
PETALING JAYA: Rakyat menyambut baik penyaluran bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 2025 yang bermula hari ini.
Di ruangan komen laman X Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, rata-rata warga maya menyambut baik kadar maksimum untuk isi rumah kepada RM4,600 tahun ini iaitu kenaikan hampir 25 peratus berbanding RM3,700 pada tahun sebelumnya.
Mereka melahirkan rasa syukur kerana sedikit sebanyak bantuan yang diterima dapat menampung perbelajaan harian mereka.

“Alhamdulillah terima kasih DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan Kerajaan MADANI,” kata iza_nadja27733.
“Okay semua, saya dah masuk bantuan STR. Alhamdulillah, balik kerja hari ini boleh belanja anak bini makan Ayam Goreng Muiz,” luah Mazlan Saedi.
“Terima kasih PM, boleh tarik nafas lega dah,” komen Bunga Rose.
Terdahulu, Anwar menjelaskan peningkatan bantuan ini adalah bukti kerajaan tekad untuk membela kebajikan rakyat yang memerlukan secara berterusan.
Tambahnya lagi, ia juga mampu mengurangkan dampak peningkatan kos sara hidup yang sedang melanda seluruh dunia.
Baca juga: