Rakyat Kelantan, Terengganu terima Wang Ehsan Kerajaan MADANI

Kerajaan MADANI sentiasa bersikap adil dan saksama dalam hal Pemberian kepada semua Kerajaan Negeri.

Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan MADANI komited memastikan nasib rakyat di setiap negeri terbela.

Sehubungan itu, kerajan bersetuju untuk menyalurkan wang ehsan Wang yang dikhususkan untuk memberi manfaat negeri Terengganu dan Kelantan dengan keutamaan kepada perbelanjaan yang benar-benar membantu.

“Kerajaan sentiasa terbuka kepada perbincangan serta cadangan daripada Kerajaan Negeri Terengganu dan Kelantan.

“Ia berhubung penggunaan Wang Ehsan supaya dapat dimanfaatkan secara langsung oleh rakyat Terengganu dan Kelantan,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu Kerajaan MADANI menyalurkan Wang Ehsan Petroleum sebanyak RM786 juta kepada Kerajaan Negeri Terengganu dan RM200 juta kepada Kerajaan Negeri Kelantan pada tahun 2023.

Pada minggu lalu, Kerajaan turut menyalurkan Wang Ehsan berjumlah RM172.3 juta kepada Kerajaan Negeri Terengganu dan RM58.6 juta kepada Kerajaan Negeri Kelantan bagi membiayai komitmen emolumen Kerajaan Negeri.

Justeru itu, sebarang baki Wang Ehsan akan tetap digunakan untuk negeri Terengganu dan Kelantan menerusi projek atau program cakna rakyat seperti program basmi kemiskinan dan projek infrastruktur asas demi kesejahteraan rakyat di negeri tersebut.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat