Rakyat Malaysia kena bersyukur, masih aman kala negara jiran sedang bergolak

Oleh: Tyah Helmi

RAKYAT Malaysia seharusnya lebih bersyukur kerana hidup di negara yang aman, berbanding negara jiran seperti Indonesia yang sedang dilanda rusuhan dan konflik politik yang semakin memburuk.

Menerusi perkongsian di aplikasi Thread oleh @macik_ecah pada Sabtu, dia berkata kehidupan seharian di Malaysia sentiasa berada di suasana yang aman damai dan perkara itu tidak sepatutnya dipandang enteng.

“Bersyukur sangat jadi rakyat Malaysia.

“Sebelah kanan Indonesia tengah kecoh rusuhan, sebelah kiri Thailand tak habis-habis konflik politik, jauh sikit Kemboja dan Myanmar belum selesai bergolak.”

“Kita bangun pagi-pagi masih boleh makan nasi lemak, nasi kerabu, nasi dagang, roti canai, lepas tu sambung maki hamun di media sosial. Petang sikit, naik kereta bawa anak-anak pergi taman.

“Hujung bulan dapat gaji makan luar sedap,” ujar @macik_ecah.

Dia menegaskan rakyat Malaysia agar tidak mudah terpengaruh untuk mencipta konflik, memandangkan negara ini telah menikmati keamanan yang banyak orang impikan.

“Jangan bodoh sangat la nak jadi macam orang lain bila kau dah hidup sedap di negara ni,” katanya dengan tegas.

Keadaan yang bergolak di Indonesia kini sepatutnya menjadi pengajaran kepada rakyat Malaysia.

Ribuan rakyat Indonesia baru-baru ini turun ke jalan raya di Jakarta dan bandar-bandar utama lain, menuntut pembaharuan menyeluruh dalam pentadbiran dan kebertanggungjawaban wakil rakyat.

Protes tersebut tercetus selepas pendedahan bahawa 580 ahli parlimen Indonesia menerima elaun perumahan bulanan sebanyak 50 juta rupiah (kira-kira RM13,000), yang hampir 10 kali ganda gaji minimum di Jakarta dan 20 kali ganda di kawasan luar bandar.

Situasi di Indonesia yang semakin memburuk ini seharusnya mengingatkan kepada rakyat Malaysia akan betapa pentingnya menjaga keamanan dan kestabilan dalam negara, serta betapa beruntungnya Malaysia yang tetap dapat menikmati keharmonian tanpa terlibat dalam sebarang keganasan atau pergolakan besar.

Baca juga:


.

Anda Mungkin Berminat