Harimau Malaya telah jatuh ke kedudukan ke-138 turun sebanyak enam anak tangga dari kedudukan ke-132 berdasarkan Kedudukan FIFA terkini yang diumumlan pada Khamis.
Sebelum Piala Asia pada bulan Januari, Malaysia berada di kedudukan ke-130 tetapi kemudian jatuh dua anak tangga pada bulan Februari.
Dalam pada itu, Malaysia gagal menempa sebarang kemenangan dalam kejohanan tersebut dan hanya berjaya menjadikan keputusan seri menentang Korea Selatan, 2-2.
Tambahan pula, satu lagi kesilapan yang dilakukan selepas Malaysia gagal mendaftarkan kemenangan ke atas Oman semasa kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2026-Piala Asia 2007, kalah kedua-dua perlawanan dengan keputusan 0-2.
Bagaimanapun, Malaysia mempunyai peluang untuk menaiki beberapa anak tangga lag pada bulan Jun, akan tetapi, mereka perlu memastikan bahawa mereka dapat meraih kemenangan dalam baki perlawanan kelayakan menentang Kyrgyzstan pada 6 Jun depan di Bishek dan Taiwan pada 11 Jun di Kuala Lumpur.
Baca juga: