Rantau ini mesti terus dipelihara daripada sebarang ancaman – PM

LANGKAWI: Malaysia akan terus memperkukuh kerjasama pertahanan serantau dan antarabangsa, serta kekal komited mendukung keamanan global.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ini termasuk penyertaan aktif dalam misi pengaman di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), memperluas latihan ketenteraan bersama, dan menyokong agenda global berkaitan wanita, kesejahteraan dan keselamatan.

“LIMA’25 bukan sahaja mencerminkan kekuatan pertahanan negara, tetapi juga iltizam kita untuk terus memainkan peranan konstruktif dalam menjamin keamanan dan kemakmuran serantau serta dunia sejagat,” katanya dalam ucapan Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25) malam tadi.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada pasukan Kementerian Pertahanan dan semua agensi yang terlibat atas kejayaan penganjuran edisi kali ini yang menjadi penanda aras baharu bagi LIMA sebagai platform pertahanan dan teknologi global.

“Dalam ucapan, saya tegaskan komitmen Malaysia sebagai sebuah negara maritim yang bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan dan kestabilan rantau ini – dari Lautan Hindi, merentasi Selat Melaka, hingga ke Laut China Selatan.

“Rantau ini kekal sebagai laluan perdagangan strategik dan mesti terus dipelihara daripada sebarang ancaman.

“Penyertaan aktif negara-negara jiran dan rakan strategik seperti China, India, Korea Selatan, negara-negara ASEAN, Amerika Syarikat serta Eropah pada LIMA’25 adalah bukti sokongan dan keyakinan global terhadap peranan Malaysia dalam menjamin keselamatan serantau dan memupuk kerjasama pertahanan yang bermakna,” kongsinya lagi.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat