Rayuan ditolak, Daie Syed ke penjara

Oleh: Tyah Helmi

PETALING JAYA: Pendakwah selebriti, Da’i Syed diarahkan ke penjara serta merta setelah gagal rayuan membela diri berkait kes merogol seorang wanita pada tujuh tahun lalu.

Mahkamah Tinggi, Shah Alam pada Jumaat memutuskan untuk mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 10 tahun termasuk 10 sebatan bagi kes rogol itu.

Keputusan itu diputuskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Adlin Abdul Majid selepas menolak rayuan yang dikemukan Syed Shah Iqmal, 31, bagi mengetepikan sabitan dan penangguhan hukuman tersebut.

“Keterangan tertuduh bersifat penafian semata-mata dan tiada alasan khas bagi menangguhkan hukuman itu.

“Ia kesalahan yang serius dan sabitan serta hukuman dikenakan sebelum ini adalah selamat, justeru hukuman penjara itu bermula hari ini,” menurut hakim.

Sebelum ini, Mahkamah Sesyen Shah Alam, menjatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan atas satu pertuduhan merogol seorang wanita.

Pada 10 Disember 2020, Syed Shah Iqmal mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan merogol wanita berusia 23 tahun (ketika itu) di bilik sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7 di sini, pada jam 1.35 pagi, 11 September 2019 lalu.

Daie Syed telah didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Pada 10 April 2023, Mahkamah Sesyen melepaskan dan membebaskan Syed Shah Iqmal daripada pertuduhan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya di akhir kes pendakwaan.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi, Shah Alam mengarahkan tertuduh membela diri atas pertuduhan terbabit selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat