Reformasi institusi bukti Kerajaan Perpaduan jamin akauntabiliti negara

Oleh : Aliyaa Azmi

PETALING JAYA: Kerajaan Perpaduan terus memperkukuh sistem demokrasi negara dengan melaksanakan pelbagai reformasi institusi bagi memastikan semak dan imbang yang lebih berkesan.

Terbaharu, Parlimen meluluskan Akta Perkhidmatan Parlimen, mengembalikan kebebasan institusi itu daripada pengaruh Eksekutif selepas lebih dua dekad diperjuangkan.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin, menyifatkan kelulusan akta itu sebagai bukti komitmen kerajaan dalam menjamin ketelusan dan akauntabiliti pentadbiran negara.

“Reformasi institusi mungkin mengambil masa dan kurang mendapat perhatian, tetapi ia penting untuk memastikan kestabilan jangka panjang serta menjadikan kerajaan lebih bertanggungjawab kepada rakyat,” katanya menerusi satu kenyataan pada Jumaat.

Sejak mengambil alih pentadbiran pada November 2022, Kerajaan Perpaduan memperkenalkan beberapa inisiatif utama termasuk Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) bagi membolehkan Ahli Parlimen mengajukan soalan terus kepada Perdana Menteri.

Tambahnya, laporan penting seperti Laporan SUHAKAM, Laporan Ketua Audit Negara, dan Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) kini dibahas secara terbuka di Parlimen, mengukuhkan elemen ketelusan dan pertanggungjawaban.

Kerajaan juga menggalakkan kerjasama dwipartisan dalam jawatankuasa Parlimen bagi memastikan setiap keputusan bersifat adil dan tidak berpihak.

Langkah berkenaan bukan sahaja memperkukuh sistem demokrasi negara, tetapi juga meningkatkan keyakinan rakyat terhadap ketelusan pentadbiran dan kestabilan politik.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat