Oleh: Kamilia Ali
PARLIMEN: Kerangka pendidikan tinggi negara perlu seiring dengan perubahan dalam landskap pendidikan tinggi global agar tidak ketinggalan, kata Datuk Dr Zambry Abdul Kadir.
Beliau menyatakan bahawa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang giat membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi Malaysia (PPPTM) 2026-2035.
“KPT turut menggunakan semua laporan reformatif sebagai input utama untuk membangunkan PPPTM 2026-2035.
“Antaranya termasuk laporan jawatankuasa menyemak dan mengkaji semula dasar pendidikan tinggi nasional serta horizon baru untuk teknologi sains dan inovasi strategi untuk meningkatkan pendidikan tinggi di Malaysia,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.
Zambry juga menekankan bahawa usaha KPT boleh mewujudkan ekosistem pendidikan yang lebih kondusif, berdaya tahan, dan berdaya saing.
Beliau berkata demikian bagi menggulung perbahasan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkaitan reformasi pendidikan di Malaysia.
Baca juga: