Penunggang maut kemalangan dengan treler di Bukit Mertajam

Seorang remaja maut dalam kemalangan melibatkan sebuah motosikal dan lori treler bersendi di Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada pukul 10.56 malam hari Isnin.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), PBK II Mohd Shariff Md Rais melaporkan kemalangan tersebut berlaku antara penunggang motosikal jenis Yamaha Y16 dan lori treler.

“Penunggang motosikal tersebut dijumpai di bawah lori berkenaan dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Mohd Shariff turut menyatakan operasi tersebut ditamatkan pada pukul 11.21 malam.

Operasi tersebut melibatkan seramai 10 orang anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Mertajam berserta satu unit jentera LFRT dan kenderaan EMRS.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat