AYER KEROH: Satu kejadian mengejutkan berlaku di Tanjung Kling, Melaka apabila seorang remaja perempuan dilaporkan parah selepas dipercayai ditikam individu tidak dikenali ketika menunggang motosikal petang semalam.
Menurut laporan Sinar Harian, mangsa menunggang motosikal bersendirian di kawasan Solok Tangga Batu sebelum dihampiri suspek yang turut menaiki motosikal, dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang.
Mangsa yang cedera parah dibantu orang ramai sebelum dibawa ke Hospital Melaka dengan ambulans untuk menerima rawatan lanjut.
Foto mangsa yang berlumuran darah di bahagian belakang turut tular di media sosial, mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang meluahkan rasa marah dan simpati.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit mengesahkan kejadian tersebut dan memaklumkan pihak polis kini sedang memburu suspek.
“Hasil siasatan awal mendapati mangsa tidak mengenali suspek dan siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mengenal pasti motif sebenar serangan,” katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan bagi mempercepatkan penangkapan suspek.
Baca juga:







