Seorang penghantar makanan maut selepas motosikalnya dirempuh sebuah motosikal lain dari arah bertentangan dalam kemalangan melibatkan di Jalan Sungai Landak, Seremban malam Sabtu.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, mangsa maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.
Mangsa merupakan seorang lelaki berusia 29 tahun yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC menuju ke arah Ampangan.
“Apabila tiba di lokasi kejadian, datang sebuah motosikal jenis Honda Beat yang ditunggang oleh seorang lelaki berusia 16 tahun bersama pembonceng lelaki berusia 13 tahun dari Ampangan menuju ke Dusun Nyior telah masuk ke laluan bertentangan dan melanggar bahagian hadapan motosikal mangsa,” katanya kepada Metro.
Tambah beliau, akibat kemalangan, mangsa penunggang serta pembonceng motosikal Honda Beat mengalami kecederaan parah dan sedang menerima rawatan di zon merah Hospital Tuanku Ja’afar Seremban.
Baca juga: