SEPANG: Dalam usaha mengurangkan jejak karbon serta kesan gas rumah hijau, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) melaksanakan inisiatif RIMBA, sebuah ruang hijau khas yang menampilkan elemen tumbuhan semula jadi dan binaan artistik berteraskan flora serta fauna.
Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata kepesatan pembangunan dan gaya hidup moden yang semakin pantas menuntut pendekatan baharu bagi memastikan keseimbangan antara kemajuan dan kelestarian alam sekitar.
“Inisiatif RIMBA mencerminkan keprihatinan terhadap kesejahteraan psikologi dan keselesaan pengunjung. Kita mahu setiap tetamu berasa dialu-alukan dengan kemudahan bertaraf dunia.
“Usaha memperbanyakkan kawasan hijau dan memelihara alam sekitar bukan lagi satu pilihan, sebaliknya menjadi tanggungjawab bersama,” katanya, seperti dipetik berita tempatan pada Selasa.
Tambah Wan Azizah lagi, KLIA bukan sekadar sebuah kompleks penerbangan, malah berperanan sebagai pintu masuk utama negara yang membentuk persepsi awal pelawat antarabangsa terhadap Malaysia, khususnya di Bangunan Satelit.
Baca juga:








