Ringgit dibuka lebih kukuh berbanding dolar AS

Oleh: Haikal Tajuddin

PETALING JAYA: Ringgit Malaysia (RM) memperlihatkan nilai kadar dagangan yang lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), minggu ini.

Menerusi laporan yang dikongsikan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), sekitar jam 10.03 pagi hari ini, nilai ringgit kini dibuka pada 4.5010.

Ia memperlihatkan kadar peningkatan yang positif daripada sesi penutupan minggu lalu yang hanya 4.5055.

Namun begitu, ringgit dilihat agak lemah berbanding nilai mata wang utama negara lain.

Seperti di Jepun, nilai ringgit sedikit jatuh berbanding yen, iaitu kepada 2.8749/8809 daripada 2.8747/8779.

Bukan itu sahaja, nilai ringgit juga turut jatuh berbanding pound British yang kini 5.6578/6691 daripada 5.6328/6384 dan turut merosot berbanding Eropah, kepada 4.6959/7053 berbanding 4.6776/6823 sebelum ini.

Ringgit bergerak bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.

Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.3201/3277 daripada 3.3146/3181 dan merosot berbanding baht Thailand kepada 13.1199/1617 daripada 13.0670/0861.

Sebaliknya, ringgit mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 277.3/278.1 daripada 277.7/278.1 dan meningkat berbanding peso Filipina kepada 7.65/7.67 daripada 7.66/7.67.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat