Ringgit dibuka rendah pada awal 2025, tunjuk prestasi baik

Oleh: Haikal Tajuddin

PETALING JAYA: Sewaktu sesi pembukaan tahun 2025, Ringgit Malaysia (RM) dibuka rendah.

Menurut laporan Bank Negara Malaysia (BNM) pada pukul 12.00 tengah hari, nilai ringgit berada pada paras terendah iaitu 4.4775.

Namun, pada hari Selasa lalu, ringgit ditutup pada nilai yang lebih positif, mencapai 4.4690.

Walaupun begitu, ringgit menunjukkan prestasi yang baik berbanding mata wang utama lain.

Ringgit dilaporkan lebih kukuh berbanding yen Jepun kepada 2.8338/8408 daripada 2.8529/8566 ketika penutupan hari Selasa.

Ringgit juga meningkat berbanding pound Britain kepada 5.5960/6091 daripada 5.6095/6164, serta menguat berbanding euro kepada 4.6269/6378 berbanding 4.6549/6606 sebelumnya.

Selain itu, ringgit menunjukkan prestasi positif berbanding mata wang ASEAN, naik berbanding dolar Singapura kepada 3.2730/2812 daripada 3.2824/2867 dan menguat berbanding baht Thailand kepada 13.0302/0726 daripada 13.0566/0830.

Walau bagaimanapun, ringgit sedikit merosot berbanding rupiah Indonesia kepada 277.0/277.8 daripada 276.9/277.5 tetapi mencatatkan kenaikan berbanding peso Filipina kepada 7.69/7.71 berbanding 7.70/7.72 sebelumnya.

Anda Mungkin Berminat