Oleh: Haikal Tajuddin
RINGGIT hari ini memperlihatkan nilai pembukaan kukuh iaitu kepada 4.3085 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) setakat 11 pagi hari ini.
Menurut laporan Bank Negara Malaysia (BNM), nilai ringgit diniagakan terkini adalah 4.3085/3180 manakala pada sesi penutupan semalam sebanyak 4.3080/3120.
Walaupun, angka pada hari ini memperlihat nilai ringgit menurun, namun nilainya tidak memiliki perbezaan yang jauh dengan nilai diniagakan pada sesi penutupan semalam.
Dalam pada itu, nilai ringgit Malaysia yang didagangkan juga turut menunjukkan trend positif bagi sekumpulan mata wang utama.
Seperti nilai mata wang di Eropah yang memperlihatkan peningkatan pada sesi pembukaan iaitu kepada 4.6851/6993 berbanding sesi penutupan iaitu dari 4.7013/7057.
Hal ini juga turut sejajar dengan nilai pound di Britain yang turut meningkat kepada 5.6223/6393 daripada 5.6357/6410.
Yen Jepun juga turut meningkat kepada 2.8864/8953 berbanding semalam.
Dalam masa sama, nilai ringgit yang diniagakan juga lebih tinggi berbanding mata wang ASEAN.
Ia menokok berbanding baht di Thailand kepada 12.9116/9580 daripada 12.9121/9303 pada lewat malam semalam.
Dolar Singapura juga dilihat lebih meningkat kepada 3.2853/2954 diikuti dengan nilai rupiah Indonesia iaitu sebanyak 276.1/277.1.
Bagaimanapun, nilai peso di Filipina masih kekal dan tidak berubah dengan nilai pada hari semalam iaitu sebanyak 7.44/7.47.








