Oleh: Haikal Tajuddin
PETALING JAYA: Ringgit Malaysia (RM) mengekalkan momentum tinggi sepanjang minggu ini berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
Menurut Bank Negara Malaysia (BNM), nilai ringgit diniagakan pada kadar 4.4665 pada pukul 10.29 pagi, berbanding 4.4670 pada penutupan semalam.
Ringgit juga menunjukkan prestasi positif berbanding beberapa mata wang utama.
Ia naik berbanding yen Jepun kepada 2.8310/8345 daripada 2.8373/8405 dan berbanding pound Britain kepada 5.5956/6019 daripada 5.5967/6023.
Bagaimanapun, ringgit merosot berbanding euro kepada 4.6550/6602 daripada 4.6448/6495.
Di peringkat ASEAN, ringgit diniagakan bercampur-campur.
Ia melonjak berbanding dolar Singapura kepada 3.2868/2908 daripada 3.2875/2913 tetapi merosot berbanding baht Thailand kepada 13.0779/1052 daripada 13.0340/0543.
Nilai rupiah Indonesia kekal tidak berubah pada 275.8/276.3, manakala peso Filipina turut kekal pada 7.70/7.71.
Baca juga: