Oleh: Haikal Tajuddin
PETALING JAYA: Ringgit Malaysia (RM) terus menunjukkan momentum yang kukuh sejak sesi pembukaan semalam berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
Menurut laporan Bank Negara Malaysia (BNM) pada pukul 10.37 pagi, nilai ringgit yang didagangkan hari ini telah mencecah 4.4860, menunjukkan kenaikan positif berbanding sesi penutupan semalam iaitu 4.4870.
Selain itu, ringgit turut menunjukkan prestasi positif berbanding mata wang utama lain.
Di Jepun, nilai yen kini dibuka pada 2.8537/8602 berbanding penutupan Isnin iaitu 2.8636/8673.
Ringgit juga naik berbanding pound British kepada 5.6219/6344 daripada 5.6384/6453 dan sedikit mengukuh berbanding euro kepada 4.6668/6772 daripada 4.6692/6749.
Namun, prestasi ringgit di beberapa negara ASEAN menunjukkan keputusan yang bercampur-campur.
Dolar Singapura kini didagangkan pada 3.3051/3127 berbanding 3.3095/3138 sebelum ini dan kekal mengukuh berbanding baht Thailand kepada 13.0772/1186 daripada 13.1137/1360.
Ringgit kekal stabil berbanding rupiah Indonesia pada 276.9/277.7 daripada 276.9/277.5 dan berbanding peso Filipina pada 7.67/7.69 daripada 7.67/7.68.
Baca juga: