Ringgit kekal tinggi berbanding dolar AS

PETALING JAYA: Nilai Ringgit Malaysia (RM) terus menunjukkan kekukuhan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang utama lain.

Hari ini, ringgit dibuka pada kadar 4.4060, mengekalkan kadar unjuran tinggi yang dicapai semalam.

Menurut laporan Bank Negara Malaysia (BNM) pada pukul 9:39 pagi, kadar pembukaan itu lebih kukuh berbanding sesi penutupan semalam yang berada pada 4.4080.

Pada masa yang sama, ringgit juga menunjukkan prestasi positif berbanding mata wang utama lain termasuk yen Jepun apabila meningkat kepada 2.9387/9532 daripada 2.9471/9495.

Manakala, pound sterling mengukuh kepada 5.5591/5862 daripada 5.5704/5742 dan euro naik kepada 4.6096/6321 daripada 4.6156/6188.

Ringgit turut menunjukkan peningkatan berbanding mata wang ASEAN.

Dolar Singapura meningkat kepada 3.2895/3061 berbanding 3.2950/2975 dan baht Thailand naik kepada 13.1338/2046 daripada 13.1508/1672 pada hari sebelumnya.

Mata wang tempatan hampir tidak berubah berbanding rupiah Indonesia apabilka kekal pada 270.6/272.1 berbanding 270.7/271.1 semalam dan peso Filipina stabil pada 7.62/7.66 berbanding 7.62/7.63 sebelumnya.

Anda Mungkin Berminat