Oleh: Haikal Tajuddin
PETALING JAYA: Ringgit kekal menunjukkan kadar pertumbuhan positif dan lebih tinggi berbanding mata wang Pound dan juga Yen.
Perkongsian Bank Negara Malaysia (BNM), sekitar jam 1.20 petang tadi menunjukkan Ringgit masih berada pada kadar 4.4420.
Kadar tersebut sedikit naik berbanding kadar yang diniagakan pada sesi pembukaan pagi tadi iaitu sebanyak 4.4430.
Selaras dengan data tersebut, nilai wang tempatan itu memperlihatkan nilai yang sangat positif berbanding Pound iaitu kepada 4.6407/6470 daripada 4.6511/6553 pada Selasa.
Ia juga turut dilihat tinggi berbanding yen Jepun, yang kini dibuka dengan julat 2.9246/9287 daripada 2.9272/9302 semalam.
Malangnya, nilai wang tempatan itu jatuh berbanding pound Britain kepada 5.6080/6155 daripada 5.6030/6080 sebelum ini.
Ringgit pula diperdagangkan dengan prestasi yang berbeza-beza berbanding mata wang ASEAN.
Seperti nilai dolar di Singapura, ringgit naik sedikit kepada 3.3095/3142 berbanding 3.3115/3150 pada hari sebelumnya, sementara berkurang berbanding baht Thailand kepada 13.1942/2194 daripada 13.1881/2067.
Ringgit hampir tidak berubah berbanding rupiah Indonesia dan peso Filipina, dengan nilai masing-masing 272.9/273.4 berbanding 272.9/273.3 semalam, dan 7.63/7.65 berbanding 7.63/7.64.
Baca juga: