Oleh: Haikal Tajuddin
PETALING JAYA: Sejak awal minggu ini, Ringgit Malaysia telah menunjukkan kadar pertumbuhan yang sangat positif dan kini dibuka tinggi berbanding nilai dolar Amerika Syarikat (AS).
Menerusi data yang dikongsikan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), nilai ringgit yang dibuka pada hari ini adalah sebanyak 4.4620.
Nilai itu sememangnya lebih tinggi daripada sesi penutupan yang dibuat dibuat pada hari semalam, dengan kadar 4.4730.
Pada pembukaan, ringgit kebanyakannya diniagakan lebih rendah berbanding mata wang utama.
Ia menunjukkan penurunan berbanding Eropah kepada 4.6478/6608 berbanding dengan kadar penutupan Selasa lalu pada 4.6291/6343 dan jatuh berbanding pound British kepada 5.5102/5256 daripada 5.4781/4842.
Bagaimanapun, ringgit sedikit mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.8682/8765 daripada 2.8691/8725.
Ringgit juga kebanyakannya lebih rendah berbanding mata wang ASEAN.
Ia melemah berbanding baht Thailand kepada 13.1349/1810 daripada 13.1123/1347, menurun berbanding rupiah Indonesia kepada 273.2/274.1 berbanding 273.6/274.1, dan sedikit jatuh berbanding dolar Singapura kepada 3.2969/3064 daripada 3.2899/2941.
Namun begitu, ia meningkat berbanding peso Filipina kepada 7.63/7.66 berbanding dengan 7.65/7.66 pada hari Selasa.
Baca juga: