Ringgit kekal tinggi pada sesi pembukaan minggu ini


Oleh: Haikal Tajuddin

PETALING JAYA: Ringgit mampu mengekalkan daya saingan positif sehingga dapat mengekalkan unjuran yang baik sejak awal minggu ini.

Menerusi laporan yang dikongsikan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini, ringgit kini berada pada kadar 4.4295.

Dalam laporan yang sama, pada jam 8.00 pagi sehingga 9.00 pagi, ringgit masih paras positif iaitu sebanyak 4.4265/4350 berbanding dolar AS daripada 4.4310/4385 pada Jumaat lalu.

Pada masa yang sama, ringgit didagangkan kebanyakan lebih tinggi berbanding mata wang utama.

Ia mencatatkan peningkatan berbanding euro, dengan nilai 4.6425/6514 berbanding 4.6437/6515 pada hari Jumaat lalu, serta naik berbanding pound kepada 5.5708/5814 daripada 5.5769/5863.

Namun, ia mengalami penurunan berbanding yen Jepun, dengan nilai 2.9124/9183 berbanding 2.9048/9099 sebelum ini.

Mata wang tempatan juga mencatatkan kenaikan berbanding mata wang ASEAN.

Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3041/3109 daripada 3.3055/3113, serta mengukuh berbanding baht Thailand dengan nilai 13.1152/1485 berbanding 13.1761/2059 sebelum ini.

Ia juga turut mencatatkan peningkatan berbanding rupiah Indonesia kepada 272.3/273.0 daripada 272.6/273.2, dan naik berbanding peso Filipina kepada 7.65/7.67 daripada 7.66/7.68 pada Jumaat yang lalu.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat