KUALA LUMPUR: Pengukuhan ringgit hampir 10 peratus dalam tempoh empat bulan adalah hasil “sentuhan emas” Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Pengurus Dana Bertauliah Datuk Dr. Nazri Khan.
Beliau berkata, sejak April lalu kadar tukaran ringgit berada sekitar RM4.50 berbanding dolar Amerika, namun kini mengukuh kepada RM4.20.
Malah, beliau optimis ringgit mampu berada di bawah paras RM4 menjelang tahun depan.
“Perdana Menteri kita macam jurulatih bola. Boleh tukar strategi saat akhir, cari pelabur asing dan berani berdepan kuasa besar seperti China, Singapura dan Rusia. Dari segi ekonomi, beliau seorang legend,” katanya dalam satu video yang dimuat naik di Facebook baru-baru ini.
Beliau yang turut terkenal dengan tagline “Tak handsome takpa, janji kaya” itu berkata dasar ekonomi Anwar berjaya mengubah persepsi terhadap ringgit yang sebelum ini dianggap lemah.
“Dulu orang cakap ringgit ni singa sarkas, tapi hari ini ia sudah jadi harimau bintang yang boleh mengegarkan negara,” katanya.
Beliau turut mengingatkan supaya kestabilan inflasi terus dijaga, bagi memastikan pengukuhan ringgit memberi manfaat sebenar kepada rakyat.
Baca juga: