Oleh: Haikal Tajuddin
PETALING JAYA: Nilai Ringgit Malaysia (RM) yang didagangkan pada hari ini masih mengekalkan momentum positif berbanding dolar Amerika Syarikat (USD).
Menurut laporan Bank Negara Malaysia (BNM) sekitar pukul 10.30 pagi, nilai ringgit dibuka pada 4.4300/4355 berbanding dolar AS.
Nilai itu juga tidak berubah berbanding nilai penutupan pada hari sebelumnya iaituu 4.4300/4355.
Walau bagaimanapun, nilai ringgit yang diniagakan di kebanyakan negara dalam sekumpulan mata wang utama menunjukkan kadar yang agak rendah.
Seperti nilai unit tempatan yang merosot berbanding pound Britain kepada 5.6498/6632 daripada 5.6389/6459 dan turun berbanding yen Jepun kepada 2.9083/9154 daripada 2.9013/9051.
Namun, ringgit masih naik berbanding euro kepada 4.6493/6604 daripada 4.6515/6573 ketika ditutup pada Rabu.
Sementara itu, nilai ringgit diniagakan kebanyakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.
Ia jatuh berbanding dolar Singapura kepada 3.2951/3032 daripada 3.2937/2980 ketika ditutup pada Rabu, rendah berbanding baht Thailand kepada 13.0817/1224 daripada 13.0640/0875 sebelum ini.
Walau bagaimanapun, ringgit kekal tidak berubah berbanding peso Filipina pada 7.59/7.61, tetapi meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 277.9/278.7 daripada 278.2/278.7 sebelumnya.
Baca lagi.