Ringgit sedikit menurun, dibuka pada 4.4690

Oleh: Haikal Tajuddin

PETALING JAYA: Ringgit Malaysia (RM) hari ini sedikit menurun berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), semalam.

Menerusi laporan yang dikongsikan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sekitar jam 10.50 pagi, ringgit berada pada nilai 4.4690 berbanding penutupan semalam pada nilai sebanyak 4.4570.

Pada masa sama, ringgit didagangkan kebanyakan negara adalah lebih tinggi berbanding mata wang utama.

Seperti unit tempatan yang meningkat berbanding pound Britain kepada 5.6426/6534 dengan 5.6613/6683 semasa penutupan Isnin, dan melonjak berbanding euro kepada 4.6807/6896 berbanding 4.6856/6914.

Bagaimanapun, ringgit susut berbanding yen Jepun kepada 2.9784/9842 daripada 2.9648/9687 pada hari sebelumnya.

Di peringkat ASEAN, ringgit telah didagangkan lebih rendah.

Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.3136/3202 daripada 3.3113/3156 pada penutupan Isnin, serta berkurangan berbanding peso Filipina kepada 7.60/7.62 daripada 7.59/7.61 sebelumnya.

Namun begitu, ringgit meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.9134/9462 daripada 12.9196/9423 semalam, dan sedikit menurun berbanding rupiah Indonesia kepada 280.3/281.0 daripada 280.1/280.6 sebelum itu.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat