Oleh: Haikal Tajuddin
PETALING JAYA: Ringgit Malaysia memperlihatkan kadar pertumbuhan yang sangat positif berbanding nilai dolar Amerika Syarikat (AS) yang diniagakan hari ini.
Menerusi laporan yang dikongsikan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada Isnin, ringgit kini dibuka pada kadar 4.5020.
Nilai itu lebih tinggi berbanding nilai dolar AS yang diniagakan pada sesi penutupan semalam, yang hanya mencecah sebanyak 4.5040.
Selaras dengan peningkatan tersebut, ringgit juga turut menunjukkan nilai yang lebih kukuh berbanding mata wang utama yang lain.
Ia mencatatkan kenaikan berbanding Eropah kepada 4.6290/6367 berbanding 4.6382/6429 pada Jumaat lepas.
Ringgit turut meningkat berbanding pound kepada 5.4816/4908 daripada 5.4953/5008, dan menguat berbanding yen Jepun kepada 2.8802/8852 daripada 2.8918/8949.
Dalam pada itu, nilai mata wang tempatan telah menunjukkan kadar campuran berbanding mata wang ASEAN.
Seperti di Thailand, ringgit memperlihatkan kadar peningkatan berbanding baht, iaitu kepada 13.0504/0850 berbanding 13.0664/0856.
Namun, ia sedikit menurun berbanding rupiah Indonesia kepada 274.8/275.4 daripada 274.9/275.3, naik berbanding dolar Singapura kepada 3.2926/2986 daripada 3.2948/2983.
Manakala, nilai peso di Filipina dilihat lebih mendatar kepada 7.68/7.70.
Baca juga: