Rizab Antarabangsa BNM Kekal Kukuh pada AS$126.9 Bilion

KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada AS$126.9 bilion setakat 30 Januari 2026, berbanding AS$125.6 bilion pada 15 Januari 2026.

Dalam satu kenyataan, BNM memaklumkan paras rizab tersebut mencukupi untuk membiayai 4.8 bulan import barangan dan perkhidmatan serta bersamaan 0.9 kali jumlah hutang luar jangka pendek negara.

Rizab antarabangsa itu merangkumi rizab mata wang asing sebanyak AS$111.3 bilion, rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.3 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) berjumlah AS$5.9 bilion, emas (AS$5.9 bilion) serta aset rizab lain bernilai AS$2.5 bilion.

Pada 30 Januari 2026, jumlah aset BNM berjumlah RM599.22 bilion, terdiri daripada emas dan pertukaran asing serta rizab lain termasuk SDR (RM514.75 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM13.41 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM3.31 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM28.61 bilion), harta dan barangan (RM4.56 bilion) serta aset lain (RM35.14 bilion).

Menurut BNM, jumlah modal dan liabiliti berjumlah RM599.79 bilion, merangkumi modal berbayar sebanyak RM100 juta, rizab (RM198.83 bilion), mata wang dalam edaran (RM182.49 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM106.75 bilion), deposit kerajaan Persekutuan (RM5.66 bilion), deposit lain (RM65.61 bilion), kertas Bank Negara (RM9.02 bilion), peruntukan SDR (RM26.83 bilion) serta liabiliti lain (RM4.48 bilion).

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat