KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) mencatatkan peningkatan kepada AS$125.5 bilion setakat 31 Disember 2025.
BNM dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa jumlah tersebut lebih tinggi berbanding AS$124.3 bilion yang direkodkan pada 15 Disember 2025.
Menurut bank pusat itu, paras rizab berkenaan telah mengambil kira pelarasan suku tahunan bagi penilaian semula kadar pertukaran asing.
“Paras rizab ini adalah mencukupi untuk membiayai 4.7 bulan import barangan dan perkhidmatan, serta bersamaan 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek,” kata BNM.
BNM menjelaskan, komponen utama rizab antarabangsa terdiri daripada rizab mata wang asing sebanyak AS$110.5 bilion, rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) berjumlah AS$1.3 bilion, serta Hak Pengeluaran Khas (SDR) sebanyak AS$5.9 bilion.
Selain itu, rizab emas dan aset rizab lain masing-masing bernilai AS$5.4 bilion dan AS$2.4 bilion.
Baca juga:







