RM17 Bilion Untuk Sabah Bukti Komitmen MADANI Angkat Martabat Rakyat – Anwar

KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa malam tadi bersama masyarakat Cina di Bukit Padang, Kota Kinabalu, Sabah.

Kehadiran beliau bukan sekadar lawatan tetapi satu manifestasi komitmen Kerajaan MADANI untuk membina negara melalui kekuatan rakyat pelbagai kaum.

“Saya percaya negara ini hanya dapat dibangunkan dengan menghimpun kekuatan rakyat pelbagai kaum dari seluruh negeri dan wilayah,” kata Anwar, yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau berkata, kejayaan Malaysia hari ini bukan sekadar angka ekonomi tetapi hasil daripada dasar inklusif yang mengangkat semua lapisan masyarakat.

“Inilah tunjang kekuatan Kerajaan MADANI, dengan kejayaan yang kini mula membuahkan hasil tatkala ekonomi terus berkembang pesat, pelaburan melonjak ke tahap tertinggi, ringgit mengukuh dan masyarakat serta pimpinan dunia kembali memandang tinggi negara kita,” ujarnya.

Dalam ucapannya, Anwar mengumumkan bahawa Kerajaan MADANI telah menyalurkan sehingga RM17 bilion kepada Sabah bagi menyelesaikan isu-isu asas yang telah lama membelenggu rakyat negeri itu termasuk bekalan air, elektrik dan jalan raya.

“Lebih penting, segala hasil dipulangkan kembali kepada rakyat.

“Kita tidak bercakap kosong tetapi membuktikan dengan tindakan,” katanya.

Antara langkah konkrit yang telah diambil termasuk peruntukan RM1.2 bilion untuk menangani isu bekalan elektrik di Sabah, meskipun pengurusan elektrik kini di bawah Kerajaan Negeri.

Sejak tahun lalu, lebih RM1 bilion juga telah disediakan bagi memastikan rakyat Sabah menerima bekalan air bersih.

Dalam usaha memperkukuh ketersambungan digital, RM2 bilion digerakkan melalui Projek Sambungan Kabel Dasar Laut MADANI (SALAM), melibatkan laluan ke Tuaran, Kudat, Pulau Banggi, Sandakan dan Tawau.

“Kita akan terus bekerja lebih keras untuk mengangkat martabat rakyat dan negeri ini dengan tindakan yang nyata dan hasil yang boleh dirasai bersama,” katanya lagi.

Anda Mungkin Berminat