Oleh: Zainuddin Omar
ULASAN | Kerajaan yang stabil dan berintegriti bukan sekadar slogan. Ia adalah prasyarat kepada pertumbuhan ekonomi.
Pelabur tidak melihat sentimen media sosial. Mereka melihat kestabilan politik, konsistensi dasar dan kesungguhan kepimpinan.
RM3 trilion bukan angka kosmetik (Malaysia merekodkan jumlah perdagangan barangan melebihi RM3 trilion buat kali pertama dan bersejarah tahun 2025)
Ia adalah isyarat jelas bahawa dunia perniagaan antarabangsa masih yakin terhadap arah tuju Malaysia di bawah Kerajaan Madani.
Dalam keadaan geopolitik dunia yang tidak menentu, angka sebesar itu bukan datang secara kebetulan.

Tetapi apa yang dilakukan oleh pembangkang?
Mereka tidak menyerang dasar ekonomi dengan hujah yang kukuh.
Mereka tidak membentangkan pelan alternatif yang meyakinkan.
Sebaliknya, mereka menghidupkan isu kuil, isu kandang ‘vavi’, sentimen perkauman dan pelbagai isu remeh demi mencetuskan kemarahan rakyat dan ketegangan kaum.
Politik kebencian dijadikan modal kerana mereka ketandusan naratif pembangunan.
Menjatuhkan Perdana Menteri menjadi obsesi, walaupun harga yang perlu dibayar ialah ketidakstabilan negara.
Rakyat perlu bertanya, adakah kita mahu politik yang membina masa depan, atau politik yang hanya mahu memenangi sentimen?
Kerajaan Madani mesti terus melangkah.
Jangan tunduk kepada tekanan suara sumbang yang lebih gemar melihat negara goyah daripada melihat negara berjaya.
Sejarah tidak akan menilai siapa paling lantang. Sejarah akan menilai siapa yang membawa hasil.
Malaysia perlukan kepimpinan negara yang stabil dan isya-Allah akan membawa kesejahteraan pada rakyat.
***Penulis adalah jurutera dan turut mengabadikan kisahnya mengembara ke 100 negara di media sosialnya
Baca juga:








