RM500 insentif untuk pelajar semua A SPM oleh PTTI

Oleh: Tyah Helmi

PETALING JAYA: Dalam usaha menghargai kecemerlangan akademik, pelajar PTTI yang memperoleh semua A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2024 bakal menerima insentif RM500.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman, pengumuman itu dibuat semasa satu majlis penghargaan di Bangi Golf Resort pada Khamis, bagi meraikan kejayaan pelajar-pelajar cemerlang PTTI.

“Seramai 13,469 pelajar PTTI telah mencatat peningkatan prestasi yang membanggakan tahun ini dan PTTI mensasarkan untuk melahirkan sekurang-kurangnya 1,000 pelajar ‘straight’ A,” ujar beliau.

Dalam usaha memperkasakan pendidikan, beliau berkata, lebih 179,000 pelajar di seluruh negara telah mendapat manfaat daripada pelbagai program seperti kelas percuma, seminar, bimbingan akademik dan motivasi yang dianjurkan oleh PTTI sepanjang tahun 2024.

Katanya lagi, PTTI turut menjalankan lebih 300 siri Jelajah School Tour di seluruh Malaysia serta 10 sesi Jelajah Roadtour SPM PTTI di negeri-negeri terpilih.

Bagi pelajar semua A, mereka boleh terus melayari laman sesawang www.ptti.my untuk menuntut insentif RM500 atau mendapatkan konsultasi pendidikan percuma.

Sementara itu, PTTI turut melancarkan program ‘Seminar Gelombang’ yang berlangsung secara atas talian selama lima hari dari 24 hingga 28 April 2025.

“Tiket seminar boleh didapati secara percuma di laman rasmi PTTI,” katanya.

Siti Farhana turut berkongsi bahawa majlis penghargaan tersebut dimeriahkan dengan kehadiran penyanyi terkenal Nabila Razali dan Bella Astillah yang bertujuan memberikan inspirasi kepada para pelajar yang hadir.

“Kebanyakan ibu bapa mahu membantu anak mereka memahami setiap subjek tetapi sering tidak tahu cara yang betul.

“Dengan pengalaman lebih 10 tahun, PTTI terbukti berjaya membantu calon SPM mencipta kecemerlangan,” jelas beliau.

Tambahnya, peperiksaan yang diawalkan tahun ini menjadikan platform PTTI semakin relevan untuk membantu pelajar berjaya.

“PTTI dengan pengalaman lebih 10 tahun yang terbukti, percaya kami ada platform yang tepat untuk bantu calon SPM, lebih-lebih lagi bila peperiksaan diawalkan tahun ini.

“Harapan kami di PTTI adalah untuk melahirkan lebih ramai pelajar yang berjaya tukar gred gagal ke ‘straight’ A pada tahun ini,” katanya.

Anda Mungkin Berminat