Robert Prevost anak kelahiran Chicago jadi Paus baharu

Oleh: Tyah Helmi

VATICAN: Dunia Katolik menyaksikan detik bersejarah apabila Kardinal Robert Prevost, kelahiran Chicago, America Syarikat (AS), telah dipilih sebagai Pope (Paus) baharu, menggantikan Paus Francis.

Memetik laporan berita antarabangsa BBC News, Robert Prevost merupakan paus pertama dalam sejarah yang berasal dari AS.

Lapor BBC, tokoh yang berusia 69 tahun dari Chicago itu dilihat melangkah ke balkoni Basilika St. Peter pada petang Khamis sebagai paus ke-267, di mana beliau disambut dengan sorakan oleh ribuan umat Katolik yang berkumpul di Dataran St. Peter.

Dalam ucapan sulungnya, beliau menyampaikan salam penuh makna iaitu “damai sejahtera ke atas kamu semua.” yang mana ia menekankan tentang kedamaian buat penganut katolik di seluruh dunia.

Pada perkembangan sama, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, turut menyampaikan ucapan tahniah kepada seluruh umat Katolik di seluruh dunia, khususnya di Malaysia, sempena pemilihan Paus Leo XIV sebagai ketua baharu Gereja Katolik.

“Dengan penuh hormat, saya mengucapkan tahniah kepada umat Katolik di seluruh dunia, dan khususnya di Malaysia, atas pemilihan Paus Leo XIV,” katanya pada Jumaat.

Menerusi kenyataan di Facebooknya hari ini, Anwar menyifatkan pemilihan tersebut sebagai detik bersejarah yang membuka lembaran baharu bagi komuniti Katolik sedunia.

“Saya yakin peristiwa ini akan menjadi sumber ilham dan semangat baharu kepada seluruh umat Katolik,” tambah beliau.

Mengambil nama sebagai Leo XIV, beliau turut menyampaikan ucapan ringkas dengan berbahasa Itali, yang mana ia menyematkan pesanan penghormatan kepada, mendiang Paus Francis dan menyeru umat Katolik agar terus mengingati legasi perpaduan yang ditinggalkan.

“Kita harus bersama-sama menjadi gereja yang bersifat misionari. Sebuah gereja yang membina jambatan dan dialog,” katanya sambil menyeru umat agar menunjukkan kasih sayang serta sentiasa berdialog dengan penuh cinta.

Difahamkan, Paus Leo Paus Leo dipilih hanya dua hari selepas 133 kardinal yang layak telah menyertai proses pemilihan secara rahsia yang dikenali sebagai konklaf

Apa yang lebih menarik lagi, sepanjang proses itu mereka tidak dibenarkan berhubung dengan dunia luar serta hasil undian kekal rahsia.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat