KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97 dan diesel di Semenanjung Malaysia akan meningkat sebanyak 7 sen seliter bagi tempoh 26 Jun hingga 2 Julai 2025, menurut kenyataan Kementerian Kewangan hari ini.
Bermula Khamis, harga RON97 akan naik kepada RM3.21 seliter, manakala harga diesel di Semenanjung meningkat kepada RM2.88 seliter.
Bagaimanapun, harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter, sementara harga RON95 juga tidak berubah pada RM2.05 seliter di seluruh negara.
Penetapan harga mingguan itu dibuat berdasarkan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).
“Kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah global dan mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu.
Baca juga: