Oleh Aliyaa Azmi
ROTI tisu tinggi sememangnya sinonim dengan restoran mamak di Malaysia.
Namun siapa sangka keunikannya tular di media sosial China selepas bentuknya menarik perhatian ramai pengguna negara itu.
Baru-baru ini seorang pelancong dari China memuat naik satu video di aplikasi TikTok yang memaparkan roti tisu setinggi hampir satu meter di sebuah restoran mamak.
Video itu mencuri perhatian netizen China, dengan ramai yang kagum melihat bagaimana roti nipis itu boleh dibentuk menjadi ‘menara’ tanpa tumbang.
Rata-rata komen menyatakan kekaguman mereka terhadap kreativiti penyediaan hidangan ini, malah ada yang menyamakannya dengan seni kulinari unik.
Ada juga netizen yang meluahkan hasrat untuk datang ke Malaysia semata-mata untuk mencuba roti tisu ikonik ini.
Fenomena ini bukan kali pertama makanan Malaysia mendapat perhatian dunia, membuktikan keunikan hidangan tempatan terus mencuri tumpuan di peringkat antarabangsa.
Baca juga: