Rugi lebih RM200,000, lelaki terpedaya skim pelaburan tidak wujud

Seorang lelaki mengalami kerugian RM229,5134.38 selepas menjadi mangsa penipuan skim pelaburan, Goldmans Sach (GS) pada 15 Januari lalu.

Menurut kenyataan Ketua Polis Daerah Nilai, Superitendan Abdul Malik Hashim, pengadu telah menerima satu panggilan telefon daripada wakil khidmat pelanggan sebuah syarikat.

“Pengadu telah membuat sebelas transaksi ke pelbagai akaun yang diberikan oleh suspek.

“Pengadu kemudian menyedari telah ditipu setelah gagal membuat pengeluaran wang modal dan keuntungan yang dijanjikan,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Tambahnya, Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, IPD Nilai telah membuka kertas siasatan dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan sedang berusaha mengesan suspek.

Abdul Malik turut menasihatkan orang awam agarmembuat semakan dengan pihak berkuasa dan Bank Negara Malasyaia sebelum menyertai mana-mana skim pelaburan.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat