Ruhainies, Aliff Aziz ‘terjerat’ di lokasi penggambaran, tetap teruskan tanggungjawab biarpun berdepan kontroversi

Insiden ‘panas’ yang berlaku antara dua pelakon utama drama Terjerat iaitu Aliff Aziz dan Ruhainies tidak menghalang mereka dikatakan untuk meneruskan sesi penggambaran naskhah tersebut.

Kehadiran mereka dilihat dalam satu video yang tular di media sosial memaparkan beberapa kru penggambaran bersama kedua-dua pelakon itu.

Tentu sahaja perkara itu menjadi tarikan dan bualan hangat netizen lebih-lebih lagi apabila selepas pelakon dan penyanyi, Bella Astillah membuat permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada Rabu.

Video yang tular berdurasi satu minit 22 saat itu menunjukkan kedua-dua pelakon berkenaan sedang berada di set penggambaran di Johor.

“Nampaknya Ruhainies cool down dulu kat Johor. Depan ni saja dia shooting. Ada Aliff Aziz sekali ni,” kata individu dalam video berkenaan yang menggunakan nama, Masta Naim di TikTok.

Difahamkan juga video tersebut dirakam sejam sebelum Isteri Aliff Aziz, Bella Astillah hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk memfailkan cerai terhadap Aliff pada Rabu.

Menjengah kepada ruangan komen, kebanyakan warga maya meluahkan rasa kurang senang melihat kedua-dua pelakon berkenaan, yang tetap meneruskan penggambaran selepas apa yang berlaku.

“Kurang ajar Ruhainies ni, sudah kawan dengan Bella. Tergamak dia buat durjana dengan Alif. Tiada perasaan sungguh,” komen Fara Hida.

“Kenapa muka Ruhainies tu relaks sahaja, macam tiada apa-apa yang jadi. Sakit kepala tengok,” komen Ilaa.

“Jika di pihak yang benar, kenapa tidak jelaskan kebenaran kepada Bella dan pujuk Bella untuk jangan bercerai? Mereka kan kawan baik, mesti Bella takkan buat keputusan untuk bercerai. Jelaskan kebenaran itu pada Bella,” komen Siti Nurfadila.

Sejam selepas video tersebut dirakam, Bella Astillah atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, memfailkan cerai terhadap Aliff Aziz.

Mahkamah kemudian menetapkan tarikh perbicaraan pada 4 April depan memandangkan Aliff gagal menghadirkan diri.

Pada 9 Mac lalu, Aliff ditangkap khalwat bersama pelakon, Ruhainies oleh Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat