KUALA LUMPUR: Cucu kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengalami kerugian dianggarkan RM1.8 juta selepas kediamannya di Bukit Ledang dipecah masuk kelmarin.
Menurut sumber, kejadian disedari sekitar jam 3 petang apabila pembantu rumah memaklumkan kepada mangsa bahawa pintu pagar di bahagian belakang rumah telah dipotong, manakala biliknya turut dipecah masuk.
“Mangsa melakukan pemeriksaan dan mendapati terdapat kesan pencerobohan di bilik tidur, selain beberapa barangan miliknya dilaporkan hilang,” katanya.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan, mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan kerugian membabitkan kehilangan barang kemas yang disimpan dalam bilik mangsa.
“Nilai kerugian dianggarkan sekitar RM1.8 juta. Setakat ini, suspek belum dikenal pasti dan siasatan sedang dijalankan termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian,” katanya.
Baca juga: