Rumah di Bukit Tengah musnah terbakar

Sebuah rumah terlibat dalam satu kebakaran berkelas ‘C’ (gas mudah terbakar) di Jalan Pengkalan, Bukit Tengah, Pulau Pinang pada Khamis.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Bandar Perda memaklumkan mereka menerima satu laporan kecemasan kira-kira pada pukul 8.26 pagi tadi yang melibatkan sebuah rumah berkeluasan 10×10 terlibat dalam satu kebakaran.

Menurut Ketua Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II (KUP), Abd Karim Halin melakukan pemantauan bersama anggotanya lengkap dengan pemakaian PPE selepas mendapati kawasan tersebut benar berlaku kebakaran.

“Turut membantu pemadam dari Balai Bomba dan Penyelamat Perai dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Juru, PBS Padang Lalang dan PBS Taman Sukun.

“Tiada mangsa dilaporkan dan operasi diteruskan sehingga selesai. Anggota kami turut diarahkan untuk memastikan tiada sebarang tanda-tanda tercetusnya kebakaran tersebut sehingga kawasan disahkan selamat,” ujarnya menerusi satu kenyataan.

Beliau turut menyeru orang awam agar lebih berhati-hati dan membuat laporan kepada pihak berkuasa sekiranya berhadapan dengan sebarang kecemasan .

Baca juga :

Anda Mungkin Berminat