1 unit rumah PPR terbakar di Sandakan

Sebuah unit rumah pangsa Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Taman Mesra, Sandakan, Sabah terbakar sebanyak 30 peratus pada pukul 1.56 petang hari Rabu.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), PBK II Chauslim Sunsubin melaporkan kebakaran tersebut berlaku di tingkat empat unit perumahan tersebut.

“Pihak bomba menerima panggilan melalui talian kecemasan 999 dan terus bergegas ke lokasi serta mendapati bahagian bilik rumah tersebut yang terbakar.

“Bilik dengan keluasan 10×10 kaki persegi di dalam rumah tersebut dianggarkan terbakar kira-kira 30 peratus,” katanya dalam kenyataan.

Chauslim turut menyatakan bahawa tiada mangsa yang terlibat dalam insiden kebakaran tersebut.

Operasi pemadaman tersebut melibatkan seramai 15 orang anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan bersama jentera FRT, water tanker dan kenderaan unit EMRS.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat