RUUKP Bakal Ubah Landskap Kewangan, Lindungi Pengguna Kredit dengan Lebih Menyeluruh

PETALING JAYA: Rang Undang-Undang Kredit Pengguna (RUUKP) dijangka mengubah landskap kewangan negara dengan memperkukuh perlindungan terhadap pengguna kredit.

Menurut Kementerian Kewangan (MOF), RUUKP akan menjadi akta utama bagi mengawal selia semua bentuk perniagaan kredit dan perkhidmatan berkaitan secara adil dan bertanggungjawab.

“Antara fokus utama ialah mewajibkan ketelusan caj, garis panduan kutipan hutang yang profesional dan penyelesaian pertikaian secara beretika” Menurut kenyataan Kementerian itu pada Rabu.

RUUKP juga memberi ruang kepada pengguna yang menghadapi kesukaran kewangan untuk mendapatkan khidmat nasihat melalui saluran yang sah dan berdaftar.

“Ini bukan sekadar undang-undang, tetapi cerminan komitmen jangka panjang kerajaan untuk melindungi rakyat daripada amalan kredit yang menindas,”

“Sebagai langkah pelaksanaan, kerajaan akan menubuhkan Suruhanjaya Kredit Pengguna (SKP) bagi memantau penyedia perkhidmatan yang sebelum ini tidak dikawal selia secara langsung, termasuk syarikat pajakan, agensi kutipan hutang dan pembiayaan digital bukan bank” jelas MOF.

Penubuhan SKP juga akan menyatukan fungsi kawal selia pelbagai kementerian dan agensi di bawah satu bumbung bagi memastikan pengawasan industri kredit lebih seragam dan berkesan.

RUUKP 2025 diluluskan di Dewan Rakyat pada 21 Julai lalu.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat