Sabastian Sawe Pelari Pertama Lari Bawah Dua Jam Dalam Maraton Rasmi

LONDON: Dunia sukan jarak jauh menyaksikan detik bersejarah apabila pelari Kenya, Sabastian Sawe, mencatat masa luar biasa 1:59:30 di London Marathon 2026, sekali gus menjadikannya manusia pertama menamatkan maraton rasmi di bawah dua jam dalam siri Abbott World Marathon Majors.

Pencapaian itu bukan sahaja memecahkan rekod dunia terdahulu milik mendiang Kelvin Kiptum (2:00:35, Chicago 2023), malah menghapuskan keraguan bahawa halangan dua jam tidak mungkin dipecahkan dalam pertandingan sebenar.

Sawe berlari dengan strategi negative split iaitu separuh pertama 60:30 dan separuh kedua 59:00 lebih pantas daripada rekod separuh maraton dalam maraton sebelumnya.

Beliau mengekalkan rentak bersama pencabar utama, Yomif Kejelcha dari Ethiopia, sebelum memecut di kilometer terakhir.

Kejelcha turut mencatat masa bawah dua jam dengan 1:59:41, manakala Jacob Kiplimo dari Uganda menamatkan perlumbaan dengan 2:00:28.

Beliau turut mengakui keyakinan terhadap kasut Adidas Pro Evo 3 yang dipakainya yang menurutnya memberi kelebihan untuk mencapai rekod dunia.

Sejarah itu mengingatkan kembali kepada catatan Eliud Kipchoge di Vienna pada 2019 (1:59:40), namun ketika itu ia tidak diiktiraf sebagai rekod rasmi kerana menggunakan pacemaker bergilir.

Kini, Sawe mengesahkan bahawa halangan dua jam benar-benar boleh dipecahkan dalam perlumbaan sah.

Dalam kategori wanita, bintang Ethiopia Tigst Assefa mempertahankan gelaran dengan masa 2:15:41, sekali gus memperbaharui rekod dunia kategori wanita sahaja.

Anda Mungkin Berminat