Saifuddin tegaskan adendum tahanan rumah Najib adalah khabar angin

PARLIMEN | Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail menegaskan kewujudan adendum yang kononnya mengarahkan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah hanyalah khabar angin.

Beliau merujuk keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak tindakan undang-undang Najib untuk mengesahkan kewujudan tambahan tersebut pada Julai lalu.

“Mahkamah telah memutuskan bahawa adendum ini adalah khabar angin. Isu ini tidak sepatutnya timbul lagi.

“Jadi, perkara ini sudah selesai. Saya tidak mahu ulang lagi. Biar Mahkamah yang buat keputusan,” katanya.

Saifuddin berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) berkata bahawa mahkamah telah memutuskan tambahan tersebut adalah sekadar khabar angin selepas perkara itu dibangkitkan oleh peguam Najib.

Sebelum ini Mahkamah Rayuan Putrajaya menetapkan 5 Disember depan untuk mendengar rayuan bekas Ahli Parlimen Pekan itu berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya bagi memulakan semakan kehakiman untuk mencabar kewujudan titah addendum.

Anda Mungkin Berminat