Saifuddin tinjau penjara Pengkalan Chepa, janji beri perhatian fasiliti usang

PENGKALAN CHEPA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengadakan lawatan kerja ke Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan selepas menghadiri Ijtima Madani pagi tadi.

Beliau meninjau kompleks penjara berusia 75 tahun itu, termasuk blok penempatan penghuni, kawasan kebun dan bengkel batik.

Menurutnya, bengkel tersebut menghasilkan pelbagai produk buatan tangan yang mempunyai nilai pasaran.

Sepanjang lawatan, beliau sempat bertegur sapa dengan beberapa penghuni dan menguji bacaan ayat Al-Quran secara spontan.

“Ada di antara mereka mampu membaca Al-Quran dengan sangat baik,” katanya.

Beliau mengakui banyak fasiliti di penjara itu sudah usang dan memerlukan penambahbaikan segera.

“Bagi saya, penjara bukan hanya tempat hukuman, tetapi juga peluang kedua untuk memperbaiki diri,” katanya.

Terdahulu, Penjara Pengkalan Chepa yang dibina pada 1949 menjadi antara penjara tertua di negara ini dan pernah melalui beberapa proses naik taraf bagi menampung keperluan operasi.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat