PARLIMEN | Kecerdasan buatan (AI) yang disalahguna akan diambil tindakan menerusi rang undang-undang yang kini dalam perangkaan.
Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong berkata Kerajaan mengambil kira kebimbangan rakyat dengan pelbagai salah guna AI seperti berlaku di media sosial sekarang.
“Kita ada rang undang-undang yang sedang dirangka mengambil kira enam skop, satunya kemudaratan dan insiden AI, yang kedua risiko Ai dan kerangka dan kita ambil akauntabiliti itu.
“Jadi pada masa yang sama, kerajaan mengiktiraf kebimbangan orang awam terhadap implikasi negatif termasuk keselamatan dan kepercayaan awam, hak dan kepentingan individu, termasuklah AI untuk rakyat,” katanya di Dewan Rakyat pada Selasa.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Hulu Rajang menjawab kepada Jamaludin Yahya (PN-Pasir Salak) berkenaan perkembangan kecerdasan buatan (AI) yang digunakan secara buruk seperti lucah dan adakah kerajaan ambil kira ia sebagai perbuatan jenayah.
Jelasnya lagi, Kerajaan juga dalam rangka untuk meningkatkan kesedaran penggunaan AI secara berhemah sejak peringkat awal.
Baca juga:








