Sambutan Hari Wilayah Persekutuan dan Hari Terbuka Putrajaya di Dataran Putrajaya

Sambutan Hari Wilayah Persekutuan (HWP) 2024 akan disambut di Dataran Putrajaya bersamaan dengan program Hari Terbuka Putrajaya bermula Khamis (hari ini) hingga 4 Februari depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Zaliha Mustafa berkata, pelbagai aktiviti menarik akan berlangsung bagi meraikan sambutan istimewa itu.

Selain itu program itu adalah inisiatif Perbadanan Putrajaya (PPJ) dan kerjasama Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) memberi peluang menghimpunkan perkhidmatan kerajaan dalam satu acara.

“Alhamdulillah, pada tahun ketiga sambutan Hari Wilayah Persekutuan serta menyambut ulang tahun jubli emas ke 50 tahun penubuhannya bermula dengan Kuala Lumpur (1974), Labuan (1984) dan Putrajaya (2001).

“Sempena Sambutan 50 tahun ini, lebih 60 program telah dirangka sepanjang tahun ketiga-tiga Wilayah Persekutuan.

“Saya juga menjemput semua rakyat Malaysia, tidak kira anda dimana and berada untuk hadir ke Putrajaya Open Day yang akan diadakan pada 1-4 Februari 2024,” tulisnya dalam satu hantaran di Facebook.

Program yang disusun sempena sambutan HWP 2024 dibawah enam teras iaitu Teras Pengiktirafan; Teras Ilmiah dan Pendidikan; Teras Usahawan; Teras Kemasyarakatan; Teras Seni dan Budaya dan Teras Sukan.

Harapan Dr Zaliha bahawa kesemua rakyat Malaysia hadir bagi memeriahkan program tersebut sekali gus penganjuran sambutan tersebut dapat mengukuhkan lagi imej dan reputasi Jabatan Wilayah Persekutuan sebagai organisasi yang bertanggungjawab dalam memantau pembangunan Wilayah Persekutuan.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat