Sampai beratur nak mendaki! Bukit Batu Sawa jadi tarikan baharu

SATU video yang dimuat naik di TikTok menjadi tular baru-baru ini apabila memaparkan keadaan laluan pendakian di Bukit Batu Sawa, Jelebu yang dipenuhi pengunjung pada hujung minggu.

Rakaman tersebut dimuatnaik oleh @nanajaapar17 menunjukkan keadaan laluan yang sesak dengan pendaki dari pelbagai peringkat umur sehingga pergerakan menjadi perlahan dan ruang pendakian agak terhad.

Menerusi video berkenaan, beberapa pengguna mendakwa suasana terlalu padat itu agak mengganggu pengalaman hiking yang sepatutnya lebih tenang dan santai di kawasan rekreasi alam semula jadi.

Rata-rata netizen turut berkongsi pandangan berbeza, ada yang menganggap ia perkara biasa apabila lokasi tumpuan menjadi viral, namun ada juga yang mencadangkan had pengunjung perlu dipertimbangkan bagi menjaga keselamatan dan keselesaan.

Rata-rata meninggalkan komen dan pandangan berbeza mengenai perkara ini.

Seorang pengguna TikTok berpendapat keadaan yang terlalu sesak menyebabkan pengalaman mendaki menjadi kurang menyeronokkan kerana pengunjung terpaksa beratur panjang di sepanjang laluan.

“Bukit cantik, tapi bila terlalu ramai pengunjung, pengalaman mendaki jadi kurang menyeronokkan dan agak sesak.” Tulisnya.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat